Indo_Artikel

Just another WordPress.com weblog

Makhluk Aneh dari Pahang

Posted by sariwibowoaang pada Juli 17, 2009


horrorPEKAN (Pahang) – Ribuan penduduk negeri ini menyerbu Muzium Negeri Pahang kelmarin untuk melihat makhluk aneh yang ditemui seorang nelayan Isnin lalu dan disimpan di muzium tersebut.

Makhluk setinggi sekitar 15 sentimeter itu dimasukkan dalam botol serbuk minuman bersaiz 980 gram. Tubuh makhluk itu kehijau-hijauan dengan matanya merah saga, dan diselimuti kain hitam serta diikat dengan tali putih. Makhluk itu dijumpai dalam botol tersebut di Pantai Balak, Kuala Pahang, oleh seorang nelayan, Encik Ahmad Affandi Abdul Rahim, 22 tahun, dari Kampung Marhum, yang kemudian menyerahkannya kepada Muzium Negeri Pahang.

Saya tidak berani membuka penutup botol tersebut kerana bimbang sesuatu yang buruk mungkin berlaku,’ katanya.

Tidak lama kemudian, seorang lelaki mengambil botol tersebut dan membuangnya di kawasan tanah perkuburan berhampiran. Bagaimanapun keesokannya, Encik Ahmad Affandi mengambil semula botol tersebut dan menyerahkannya kepada seorang bomoh.

Bomoh itu, Encik Ismail Omar, 94 tahun, berkata beliau membuka botol itu dan mendapati makhluk itu masih hidup selepas membaca jampi serapah.

Sementara itu, orang ramai yang membanjiri pekarangan Muzium Negeri Pahang selepas 12 tengah hari kelmarin hampa kerana mereka tidak berpeluang melihat makhluk tersebut dari dekat apabila pihak muzium bertindak membuang semula botol dan makhluk itu ke laut.

Seorang pengunjung dari Bentong, Encik Azman Mohamad, yang datang semata-mata untuk melihat makhluk itu berkata pihak muzium tidak sepatutnya membuangnya kerana ia boleh menjadi tarikan orang ramai ke muzium itu.

Satu Tanggapan to “Makhluk Aneh dari Pahang”

  1. wardoyo said

    Jenglot?
    Gerabah?
    Keramik pake mata kaca?
    Gak jelas ahh…
    Tapi asyiik juga artikelnya, pake bahasa serumpun.
    Salam kenal dan sukses untuk tulisannya.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

 
%d blogger menyukai ini: